HEBAHAN MAKLUMAT
Sebelum negara merdeka, sekitar awal kurun ke 20, masyarakat mendapat dan mengikuti berita dan ehwal semasa melalui percakapan dan perbualan.
Sudah tentulah kesahihannya susah hendak ditentukan. Oleh kerana tidak ada altetnatif yang lain, maka inilah saluran yang terpaksa diguna pakai. Betul tidaknya berita itu terserahlah.
Penerokaan dalam kaedah atau cara menyampai berita memang sudah lama diusahakan didunia barat.
Mula-mula diwujudkan kaedah percetakan dan terhasillah akhbar.
Kemudian diciptakan pula kaedah menghantar suara melalui udara atau gelombang radio, maka tercipta siaran radio. Lepas itu diusahakan pula kaedah mengirim gambar melalui gelombang udara, dan terciptalah siaran televisyen.
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh para saintis dunia, dan mengambil masa berdekad lamanya.
Dan hari ini muncul pula satu lagi teknologi yang mencetuskan kaedah dan kemudahan perhubungan yang dikenali sebagai teknologi maklumat dengan terciptanya ruang Internet.
Kaedah inilah sekarang yang diguna pakai dalam urusan perhubungan dunia... Teknologi maklumat.
Akan bersambung.
Oleh M.T.R.

MEREKA INILAH YANG PERLU DIBANTU DAN DIBIMBING
Hari ini usaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan dan menyara hidup keluarga, tidaklah lagi bergantung kepada iklan-iklan kekosongan jawatan di agensi-agensi kerajaan atau di pihak swasta. Sudah ramai memberanikan diri memperkuatkan semangat juang dan melangkah kepada dunia realiti, iaitu berusaha sendiri dalam bidang aktiviti yang halal dan tidak menyalahi undang-undang. Tetapi masih ada juga yang mencari jalan pintas untuk cepat memenuhkan saku dengan wang ringgit yang tidak halal.
Rasanya kalau semangat hendak berusaha sendiri atau ‘being sel employed’ ini tidak dibantu sebaiknya, maka golongan yang akan melanggar undang-undang dan peraturan akan bertambah jumlahnya.
Ramai anak muda yang ditemui, walau pun mempunyai kelulusan universiti, masih menganggur. Untuk mereka ini yang pentingnya perlulah mencari jalan supaya tidak lagi bergantung dengan ibu bapa dalam soal keperluan kewangan. Jawabnya mestilahi rezeki dicari dengan berusaha sendiri, sama ada dengan menggunakan tenaga atau pun ilmu yang diperolehi semasa di pusat pengajian tinggi. Lulusan dari pusat-pusat pengajian tinggi hari ini berjumlah ribuan, dan ini bertambah dari tahun ke tahun.
Sudah ramai lepasan pusat pengajian tinggi ini ditemui. Umpamanya seorang yang lulus sebagai jurutera elektrik dari sebuah universiti luar negara, oleh kerana sukar mendapat pekerjaan, balik ke kampung menjual ikan air tawar dengan ayahnya. Seorang lagi berkelulusan sarjana muda bidang komunikasi, akhirnya bekerja di kilang. Seorang lagi pula berakhir di sebuah pasar raya bertugas sebagai jurujual. Ada seorang anak gadis yang sudah setahun lulus dengan izajah perancang bandar dan desa, berakhir di tanah sekangkang kera di belakang rumahnya di kampung menanam jagung. Ramailah anak muda yang senasib, bukan ratusan malah ribuan. Perasaan terkilan atau ‘frustrated’ menyerlah.
Inilah senario yang kita hadapi hari ini. Inilah hakikatnya. Dan kita, apa yang perlu dan mesti kita lakukan untuk mengurangkan kekusutan ini semua. Dan siapa yang perlu bertindak? Kita harus sedar bahawa kumpulan ini akan menentukan masa depan bangsa dan negara.

EDITORIAL
Beberapa kali juga telah saya kemukakan pandangan bahawa ilmu pengetahuan amat diperlukan dalam kita menjalani hidup di era pembangunan dan era teknologi hari ini. Tanpa ilmu pengetahuan maka sudah semestinyalah kita akan ketinggalan, dan akan sukarlah kita mencapai kesejahteraan hidup yang kita idamkan.
Ini adalah satu hakikat. Ini perlu kita amati, dan ini patut dijadikan asas kepada perjuangan hidup kita.
Tidak perlu kita pandang jauh untuk melihat keadaan yang dihasilkan dari keadaan ‘tidak berilmu dan tidak berpengetahuan ‘ ini. Perhatikan sahaja kehidupan di keliling kita. Perhatikan bagaimana ilmu dan pengetahuan ini telah banyak membantu umat manusia berjuang untuk mara dalam kehidupannya.
Pada satu ketika dahulu, saya masih ingat lagi, tidak ramai anak-anak kita melangkah masuk ke ‘menara gading’ atau pusat-pusat pengajian tinggi. Tidak ramai juga antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan kecemerlangan anak-anak kita dalam bidang pelajaran dan pembelajarannya. Ketika itu, pelajaran yang diperolehi di sekolah sudah mencukupi bagi kita untuk hidup. Sudah mencukupi jika anak-anak kita dapat memegang jawatan sebagai kerani sahaja.
Hari ini keadaan ini amat nyata telah berubah. Kita perhatikan, tiap hari jumlah ibu bapa yang menghantar anak-anak kesekolah dan kemudian mengambil anak-anak itu dari sekolah, memang ramai. Bukan itu sahaja, malah memang ramai juga ibu bapa yang menentukan bahawa anak-anak mereka mendapat pengajian yang secukupnya. Ini ternyata bila kita lihat mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen.
Ini satu keadaan yang memeransangkan.
Akan tetapi, bagaimana pula keadaannya di kalangan yang sudah dewasa. Sudahkah mereka berasa cukup dengan ilmu pengetahuan yang ada pada diri mereka. Sudah berpuashatikah mereka dengan hasil yang diperolehi dari ilmu yang diperolehi.
Rasanya, agama kita Islam memang menggalakkan kita menimba ilmu sepanjang hayat, dan mendapatkan ilmu itu dari mana juga.
Jika kita lihat pada keadaan sekiling kita, akan kita dapati bahawa memang banyak yang perlu kita capai lagi iatu dalam ertikata ilmu pengetahuan. Kehidupan kita hari ini dikuasai dan dipengaruhi oleh ilmu. Tiap apa yang kita lakukan mempunyai teknologi-teknologi yang diperlukan. Teknologi-teknologi ini merupakan ilmu pengetahuan tambahan untuk kita jalani hidup.
Di sinilah nampak kekurangannya. Pencapaian teknologi-teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan kita nyata kurang ditumpukan perhatian. Ini jika difikirkan, amat merugikan. Berjinaklah dengan teknologi, dan carilah teknologi untuk membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada hidup kita.

JANGAN DIKENANG MASA YANG LALU
Kadang kala kita terdengar kata-kata ‘Jangan dikenang masa yang lampau. Yang berlalu telah berlalu. Tidak ada apa pun yang boleh dilakukan untuk menghalang kejadian itu supaya ia tidak dilakukan.’
Ada kebenarannya kata-kata seperti itu. Akan tetapi ada juga baiknya kalau dikenang dan direnung kembali kepada peristiwa yang telah berlalu itu. Sekurang-kurangnya, jika yang baik itu akan menjadi kenangan yang manis kepada kita dan mungkin ia menjadi satu garis panduan untuk kita menjalani hidup untuk masa hadapan. Dan yang tidak baik itu, akan kita jadikan perkara atau perbuatan yang harus kita elakkan dari berulang lagi.
Banyak juga yang berpendapat bahawa ‘kata tak serupa bikin’. Mungkin setelah kita kenang kembali, dan kupas semasak-masaknya perkara-perkara yang belaku itu, terutama sekali yang tidak baiknya, maka kita pun akan membuat keputusan tidak akan mengikut aliran peristiwa seperti itu lagi. Kita pun membuat azam untuk menjauhkan diri darinya. Tetapi, mudah kita berkata-kata. Yang tidak mudahnya ialah untuk kita bertindak.
Dalam hal ini, pernah juga kita bertanya …’Jadi apa yang harus kita lakukan’. Mungkin untuk meneruskan perbuatan baik itu agak mudah untuk diteruskan, tetapi perbuatan yang membawa kesengsaraan, kegelisahan, tidak tenteram kehidupan dan seumpamanya, agak sukar kita elakkan. Kerana ada juga yang bijak pandai berkata ‘Tarikan yang buruk itu lebih kuat dari yang baik’.
Inilah masalah yang kita semua hadapi.
Kalau kita lihat dari perspektif yang lain pula, akan kita dapati bahawa semua perbuatan atau tindakan itu puncanya adalah kita sendiri. Kita menjadi pokoknya. Mungkin kepada orang lain, kebaikan yang kita lakukan itu merupakan satu keburukan kepada mereka, dan sebaliknya keburukan yang kita lakukan pula menjadi satu tarikan kepada mereka. Ini sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini. Tiap perbuatan atau tindakan yang kita saksikan berlaku itu, sentiasa ada analisis-analisis yang diberikan oleh yang berkenaan.
Kita melakukan sesuatu itu, semuanya dengan tujuan, matlamat dan objektif. Tidak ada pun rasanya, tindakan yang kita laksanakan itu secara membabi buta sahaja …. tentulah ada sebab-sebabnya, tambahan pula kita adalah maknusia yang bertamadun dan boleh berfikir. Kita banyak menggunakan fikiran kita. Atau mungkin yang menyaksikan tindakan itu tidak tinggi lagi tahap pemikirannya … dan tidak begitu bijak lagi untuk membuat tafsiran atau pendapat yang rasional.
Mungkin kematangan fikirannya tidak sampai pada tahap … ‘minda yang telah membangun.’
Ini juga merupakan satu masalah kepada kita yang hidup bermasyarakat.
Apapun, bak kata bijak pandai lagi ‘Tepuk dada, tanya selera.’

TAMADUN MANUSIA… Satu Analisis
Untuk saudara yang budiman:
Artikel ini ditulis semata-mata memikirkan bahawa masanya telah tiba bagi kita, tak kira di mana kita berada, sama ada di bandar atau di desa, untuk menimba sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, dan menggunakan ia dalam kehidupan kita supaya dapatlah kita hadapi hidup di zaman mendatang dengan lebih tenang, yakin, bebas dan dapat berfikir dengan lebih tepat.
Pembangunan dan kamajuan yang dialami oleh tamadun manusia membawa bersamanya pelbagai ilmu pengetahuan, seiring dengan idea dan konsep baru dalam menghadapi kehidupan dan cabaran hidup. Tiap satunya mempunyai kaedah dan cara ianya dilaksanakan yang tersendiri.
Ini semua dihasilkan oleh fikiran dan minda yang telah mengalami berbagai bentuk dan peringkat pembangunan dan kemajuan. Pemikiran manusia bukanlah lagi berada pada tahap yang wujud di zaman pra sejarah dahulu … ringkas dan mudah. Sememangnyalah terdapat perubahan-perubahan sesuai dengan keadaan semasa manusia itu sendiri.
Ini adalah satu hakikat. Dan ini adalah satu keadaan yang menghasilkan munculnya pelbagai strata manusia dalam senario kehidupannya.
Apabila tercetus konsep pembelajaran dan pendidikan, maka keadaan ini telah menghsilkan pula perbezaan di antara strata yang telah wujud. Terdapatlah golongan-golongan yang berilmu, yang pandai, yang cerdik dan sambil itu wujud juga golongan-golongan yang kurang berilmu dan kurang berpengetahuan. Ini telah menghasilkan timbulnya jurang yang membezakan satu golongan dengan golongan yang lain.
Dan ini juga telah mewujudkan manusia yang pintar, pandai, cerdas dan berakal fikiran.
Masalah perhubungan di antara manusia, dipercayai mula dikenalpasti manakala kumpulan bijak pandai ini muncul.
Kumpulan ini mula mengatur langkah untuk menjadi pemimpin atau juara yang mahu mewakili yang lain dalam menghadapi kehidupan seharian mereka. Mereka mula menyediakan peraturan-peraturan yang biasanya akan mengekalkan kedudukan mereka dalam golongan berkaitan.
Akan tetapi tidak boleh dinafikan wujud juga di kalangan mereka ini insan-insan yang benar-benar perihatin terhadap kebajikan anggota kumpulan yang kurang berilmu ini. Insan seperti ini banyak terdapat dalam sejarah …. insan yang berusaha membawa kebahgiaan dan kesejahteraan hidup kepada manusia. Mereka melaksanakan apa juga yang perlu, membuat kajian, penyelidikan dan seumpamanya, yang hasilnya membawa faedah kepada manusia. Sumbangan dan pengorbanan mereka terhadap usaha mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada manusia tidak ada tolok bandingnya.
Di Negara kita, ramai manusia seperti ini telah membantu kita hidup dengan penuh kejayaan dan kesempurnaan.
Dan kemunculan dua jenis manusia inilah yang menyebabkan timbulnya kaedah-kaedah pertadbiran dan pengurusan yang berbagai bentuk. Dan dua jenis ini pula mengumpulkan pengikut-penikut mereka sendiri yang masing-masing sanggup memperjuangkan apa juga ideologi dan cara hidup yang dikemukakan. Biasanya ideologi yang diperkenalkan ini, kononnya adalah untuk kebaikan dan kepentingan pengikut-pengikut ini. Sedangkan pada hakikatnya keadaan ini tidak seperti yang dibayangkan.
Inilah yang menghasilkan keadaan tidak stabil dan tidak tenteram di kalangan manusia.
Cuba kita bandingkan keadaan ini dengan keadaan semasa yang wujud di kalangan masyarakat kita hari ini. Rasanya ada persamaannya.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sifat sesetengah individu yang menganggap dirinya sebagai pemimpin atau yang memimpin, adalah sama dengan mereka yang menjadikan dirinya sebagai kepala atau ketua golongan-golongan manusia di awal tamadun dahulu. Pendek kata inilah satu dari sifat yang telah diwarisi sejak berkurun lamanya. Cuma mungkin kaedah pelaksanaan fungsinya agak berbeza, tetapi matlamat yang dituju adalah sama.
Ini adalah lumrah dunia.
Dalam senario yang lebih dekat kepada kita, keadaan ini dapat kita saksikan wujudnya. Hari ini dapat kita lihat pemimpin yang benar-benar berusaha untuk membawa kesejahteraan dan kemajuan kepada masyarakat yang dipimpinnya.
Sambil itu terdapat juga pemimpin yang melaksanakan sesuatu aktiviti itu semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri …. untuk meraih keuntungan dan kekayaan, dan mengukuhkan kuasa peribadinya.
Keadaan inilah yang mewarnai kehidupan satu-satu masyarakat itu. Inilah yang mendorong masyarakat berfikir dan sentiasa aktif memikirkan perihal hidupnya, menentukan wujudnya keseimbangan suasana yang dicetuskan oleh kehadiran dua kumpulan manusia ini, yang masing-masing mempunyai agendanya.
Dan inilah juga tugas dan fungsi kita iaitu berfikir, kerana kita boleh berfikir.