Siaran RADIO dan TELEVISYEN merupakan peralatan, perkakasan dan mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pembangunan minda masyarakat, terutama masyarakat di sebuah negara yang membangun.
Di Negara ini, penyiaran bermula sekitar tahun 1946 iaitu dengan penubuhan sebuah stesen radio amateur di Johor Bharu. Televisyen pula memulakan siarannya dalam tahun 1963.
Pada awal penubuhannya penyiaran merupakan sumber utama segala maklumat dan penerangan, iaitu selain dari hiburan. Ia berfungsi sebagai tempat, saluran atau gedung segala maklumat dan penerangan mengenai segala-galanya berkaitan dengan persediaan negara dalam perjalanannya ke alam KEMERDEKAAN. Masyarakat pendengar ketika itu dahagakan maklumat dan ilmu pengetahuan. Tumpuan mereka ialah badan penyiaran iaitu RADIO MALAYA ketika itu.
Dan kita telah menyaksi hakikat ini dan juga kejayaan yang dihasilkan olehnya.
Bila munculnya siaran televisyen ia turut serta membantu tugas dan fungsi ini.

ETHIKA PENYIARAN UNIVERSAL (Universal Ethics of Broadcasting)
Di mana juga di dunia ini, terutama di negara-negara yang sedang membangun, fungsi utama badan-badan penyiaran (iaitu radio dan televisyen) ialah untuk membawa maklumat, pendidikan dan hiburan. Inilah juga intipati Ethika Penyiaran Universal yang digunakan.
Dan Ethika ini, dibantu oleh akta dan undang-undang di negara-negara berkenaan, yang harus dijadikan panduan dalam aktiviti penyiaran di negara berkenaan. Maksudnya kandungan dan bahan-bahan yang digunakan di dalam program-program radio dan televisyen yang disiarkan hendaklah berpandukan kepada Ethika ini.
Pada asasnya Malaysia masih berada pada tahap atau peringkat negara yang sedang membangun. Masyarakatnya masih memerlukan maklumat dan bahan-bahan pendidikan untuk ia melaksanakan tugasnya dalam fungsi pembangunan negara.
Maksudnya tiap anggota masyarakat itu perlu membuka minda mereka dengan lebih luas lagi untuk memahami, bersikap perihatin dalam usaha mereka mengambil bahagian dalam memaju dan membangunkan negara.
Kalau tidak masyarakat akan sukar menerima segala perancangan program dan projek yang disediakan dalam usaha ini.
Mungkin ditanya apakah yang perlu diketahui oleh masyarakat. Jawapannya ialah segala-galanya. Tiap program dan aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam usaha membangun negara perlulah difahami dan dihayati oleh tiap anggota masyarakat demi kejayaannya.
Ini bermakna bahawa oleh kerana negara masih dalam proses membangun, maka seharusnyalah peratusan tiap komponen… iaitu maklumat, pendidikan dan hiburan … di dalam siaran radio dan televisyen negara semestinya memberi keutamaan kepada komponen ‘maklumat dan pendidikan’, dengan ‘hiburan’ digunakan sebagai faktor yang menarik masyarakat mengikuti program-program yang disiarkan, bukanlah sebaliknya.

KEADAAN HARI INI
Jika dipandang sekali imbas mungkin kita merasakan bahawa program-program yang disiarkan melalui rangkaian-rangkaian radio dan televisyen negara, sama ada yang di punyai oleh pihak Kerajaan atau pun swasta mempunyai kandungan yang sesuai dengan Ethika Penyiaran Universal seperti yang disebutkan. Mungkin terkandung di dalamnya unsur-unsur atau bahan-bahan yang termasuk dalam kategori maklumat, pendidikan dan hiburan. Mungkin kita rasakan apa yang disiarkan sudah mencukupi dan sesuai dengan keperluan masyarakat sasaran sebuah negara yang sedang membangun.
Pada hakikatnya, jika kita ikuti siaran televisyen, umpamanya dari mula siaran hingga ke akhirnya, akan kita ketahui Ethika itu diketepikan.
Kebanyakan kandungan siarannya adalah tergolong dalam kategori hiburan … drama, hiburan muzik, program realiti dan seumpamanya. Program-program dalam kategori pendidikan dan maklumat kurang benar pendedahannya.
Kalau keadaan ini tidak diperbetulkan, iaitu jumlah atau peratusan komponen
tidak seperti yang sepatutnya, maka hasil yang akan diperolehi sudah semestinyalah dalam bentuk ‘negatif’.
Dipetik di sini bahagian yang relevan dari satu tulisan bertajuk “PERANAN PENYIARAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA” oleh Fauziah Kartini Hassan Basri, Wan Asmah Wan Abdul Rahman dan Rodzi Zain dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Salah satu aspek yang selalu dikaitkan dengan hal ini. Di sini penyiaran dikonsepsikan sebagai komunikasi melalui radio dan televisyen – dua penciptaan yang menjadi fenomena sosial semenjak kemunculan mereka pada awal abad ini. Kedua-dua alat ini dikatakan mempunyai peranan utama dalam mempercepatkan proses modenisasi dan pembangunan sesebuah negara.
Ini adalah jelas kerana radio dan televisyen merupakan jentera penyampai informasi dari pihak perancang pembangunan kepada pihak yang menerima pembangunan, iaitu masyarakat am.
Penyiaran juga terutamanya radio, dapat mengatasi masalah geografi dan butahuruf kerana kebolehannya menjangkau lautan dan gunung untuk menemui berjuta orang dengan serta merta dan cepat.
Peranan penyiaran dalam pembangunan ini lebih dirasai di negara-negara yang mana kawasan pendalamannya masih kekurangan fasilitas perhubungan fizikal dan taraf kenalhuruf di kalangan penduduk desa masih lagi rendah. Hakikat ini dapat dilihat dengan ketara di negara-negara sedang membangun, seperti di negara-negara ASEAN. “
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Banyak perkara yang harus dibawa kepada masyarakatnya, terutama sekali ilmu pengetahuan yang boleh memacu kehidupan mereka kepada satu tahap yang lebih maju dan sejahtera.
Seharusnyalah satu peratusan yang besar diuntukkan kepada ilmu pengetahuan, kerana ini akan menentukan masyarakat akan dapat dibimbing dan dipandu dengannya. Program-program yang difikirkan sesuai dan mengandungi bahan-bahan ini memang banyak. Umpamanya yang nyata ialah program-program dari kategori dokumentari, walaupun boleh digunakan juga program-program dari kategori drama dan sitcom. Olahan dan penyampaian maklumat yang diperlukan, perlu diteliti supaya ianya akan menarik pendengar dan penonton kepadanya.
Hakikatnya sekarang, dikaca televisyen atau corong radio, yang diutamakan ialah hiburan. Boleh dikatakan hiburan menyediakan satu peratusan yang amat tinggi jika dibandingkan dengan program-program dari jenis lain. Ini dilaksanakan kerana kepada ‘industry players’ tadi, mereka akan membangun dan memajukan stesen-stesen radio atau televisyen yang berkenaan.
Adalah dirasakan, bahawa masanya telah tiba bagi kita, terutama yang terlibat secara langsung dengan tugas menulis, menerbit dan menyediakan program-program radio dan televisyen untuk masyarakat negara, berfikir apa yang harus dan mesti diberi keutamaan, iaitu program-program jenis atau dalam kategori apa. Perlu juga kita teliti secara menyeluruh senarai program yang disediakan hari ini, dan akhirnya perlulah kita mengkaji apakah kesan yang boleh didatangkan oleh siaran kedua-dua jenis rangkaian media ini kepada masyarakat kita.
Perlu kita sedari bahawa kita sebagai petugas penyiaran bukanlah berfungsi cuma untuk membawa hiburan kepada masyarakat sasaran kita, tetapi lebih penting kita perlu berfikir bahawa dapatkah yang kita hidangkan itu membawa manfaat kepada pembangunan insan di negara bertuah ini. Dengan lain-lain perkataan, kalau negara barat memberi keutamaan kepada hiburan, tidak semestinya kita ikut secara ‘membuta tuli’ sahaja.
Oleh Tahir Ramli