TERKINI 5 DECEMBER 2021
Lelaki ‘kantoi’ cuba dapatkan vaksin Covid-19 guna ‘lengan palsu’
ROME: Seorang lelaki tempatan berdepan tuduhan melakukan penipuan serius selepas ditahan cuba mendapatkan vaksin Covid-19 dengan memakai ‘lengan palsu’.
Newsweek melaporkan, tindakan itu disifatkan sebagai ‘tidak masuk akal’ oleh pegawai tempatan. Utusan Malaysia |
1,076 kes dera kanak-kanak dilapor di Selangor
SHAH ALAM: Sebanyak 1,076 kes membabitkan penderaan kanak-kanak dilaporkan berlaku di Selangor sepanjang tempoh Januari hingga September lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), semua kes itu membabitkan penderaan fizikal, emosi dan gangguan seksual tanpa mengkhususkan kepada kes pedofilia. BErita Harian |
Ujian ART harian atas pengunjung VTL S'pura mulai 7 Dis; lebih banyak negara dalam kategori berisiko tinggi
SEMUA pengunjung yang memasuki Singapura melalui Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) mulai 11.59 malam pada 6 Disember akan perlu menjalani rejim ujian harian selama tujuh hari menggunakan Ujian Pantas Antigen (ART).
Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Jumaat (3 Dis) berkata ujian itu semuanya dikendalikan sendiri. Berita Harian SG |
Presiden perintahkan Polda di perbatasan cegah masuknya Omicron
Jakarta (ANTARA) - Presiden Joko Widodo (Jokowi) memerintahkan jajaran Polri, terutama kepolisian daerah (Polda) yang mencakup wilayah perbatasan negara, untuk mengantisipasi persebaran varian baru B.1.1.529 virus Corona , Omicron.
Presiden Jokowi di Kabupaten Badung, Bali, dalam pengarahannya kepada kepala kesatuan wilayah (Kasatwil), mengatakan dirinya baru saja mendapatkan kabar Omicron sudah memasuki Singapura. Antara News |
Lotus's bantu pasar produk PKS
Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) komited membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dengan memasarkan produk mereka di pasar raya besar itu.
Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Baizura Azmel berkata, setakat ini ada 93 PKS dengan 800 unit simpanan stok (SKU) dipasarkan di seluruh rangkaian Lotus's. Harian Metro |
Peranti khas untuk pengembara dari negara berisiko
PUTRAJAYA – Pengembara dari negara berisiko tinggi yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipakaikan peranti pengesanan digital sepanjang tempoh pemerhatian dan kuarantin.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, senarai negara berisiko tinggi tersebut ditentukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui penilaian risiko yang dijalankan. Kosmo |
Pusat inovasi Bintangor pacu ekonomi digital setempat
BINTANGOR: Penubuhan pusat inovasi di Bintangor akan menjadi landasan utama bagi membangunkan masyarakat setempat ke arah ekonomi digital.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan pusat ini nanti akan mempermudahkan lagi urusan yang berkaitan dengan ekonomi digital serta merancakkan lagi aktiviti khasnya, perniagaan dalam talian di kawasan ini. Utusan Borneo |
Kanak-kanak perempuan dipaksa mengemis oleh ibu bapa
BANJARMASIN: Video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan mengemis di tepi jalan di sini menjadi tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Berdasarkan video yang dimuat naik dalam Instagram, kanak-kanak perempuan yang dianggarkan berusia empat hingga lima tahun itu duduk berseorangan di tepi jalan untuk meminta sedekah. Utusan Malaysia |
Pemerintah ajak masyarakat sukseskan PPKM level 3 Natal - Tahun Baru
Jakarta (ANTARA) - Pemerintah mengajak masyarakat menyukseskan penerapan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) level 3 selama periode libur Natal dan Tahun Baru untuk mencegah gelombang baru COVID-19 dari momentum libur hari raya.
Menteri Komunikasi dan Informatika Johnny G. Plate menekankan penerapan PPKM level 3 selama periode libur Natal dan Tahun Baru harus dipahami oleh masyarakat sebagai cara antisipasi Indonesia menekan potensi lonjakan kasus COVID-19. Antara News |
Waspada fenomena air pasang besar
PORT DICKSON: Orang ramai serta pengunjung ke pantai Port Dickson perlu berhati-hati dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada Rabu hingga 9 November ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan, berkata paras air dijangka pada ketinggian 3.2 meter dan keadaan ini turut dibimbangi jika berlaku hujan serentak pada waktu itu. Berita Harian |
Satu PPS baharu dibuka di Kedah
ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka berikutan kejadian banjir di negeri ini menjadikan keseluruhan 11 PPS yang menempatkan 523 mangsa daripada 153 keluarga sehingga Ahad.
Ketua Bahagian Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar menjadi lokasi PPS baharu dibuka di negeri ini. Sinar Harian |
Bersatu Kita Teguh Berhutang Kita Lumpuh
Gadis Romania, dalam sebuah photo di media, dengan pandangan sayu tetap berusaha tersenyum walau realita kehidupan ekonomi Romania sekarang sungguh berat untuk dihadapi rata-rata rakyat. Negara Eropa Timur lain yang pernah jatuh miskin Albania. Tapi kini sudah tak terdengar lagi khabar dari negara yang penduduknya banyak yang beragama Islam itu.
Greek atau Yuninani satu-satua negara Eropa barat yang pernah jatuh miskin. Tapi negara-negara Uni Eropa banyak yang membantu. Republika.co.id |