24/5
Pada satu masa dahulu saya memang minat mengikuti siaran radio. Waktu itu saya masih bersekolah … kira-kira 65 tahun yang lalu. Negara belum pun mencapai kemerdekaannya .. masih di bawah belenggu penjajahan British. Bila radio ‘dihidupkan’, maka saya dan adik-adik saya berhimpunlah di hadapan peti radio yang agak besar juga saiznya. Ketika itu peti radio memang besar jika dibandingkan dengan yang ada hari ini, kerana alat-alat ‘transistor’ belum lagi dicipta.
Kedengaranlah suara lunak penyiar-penyiarnya. Siarannya diterima melalui ‘gelombang pendek’ bukan ‘fm’ seperti hari ini. Saya masih ingat lagi betapa sukarnya siaran itu hendak diikuti secara jelas dan terang … perlulah diputarkan butang-butang pada peti radio itu untuk mendapatkan ‘frequency’ yang lebih jelas siarannya.
Radio ketika itu merupakan sumber utama dan penting untuk mendapatkan berita dan maklumat yang terkini … iaitu selain dari akhbar-akhbar tempatan. Ini semua penting kepada kita yang masih dahagakan ilmu pengetahuan.
Siarannya mengandungi program-program yang benar-benar menemui cita rasa pendengar … iaitu membawakan pendidikan, penerangan dan hiburan. Sememangnyalah kandungan program-program ini telah mendatangkan banyak faedah dan manfaat kepada pendengarnya. Hiburan memang ada, tetapi pada tahap ‘berpada-pada’ … tidak keterlaluan … tidaklah pendengar terikut-terikut dengan ragam atau rentak yang dibawa oleh kisah para penyanyinya.
Hari ini, saya rasa bertuah kerana masih dapat mengikuti siaran radio … dan bolehlah membuat bandingan di antara yang dulu dan yang sekarang. Tetapi apa yang dihidangkan melalui siarannya dirasakan tidaklah selaras dengan keperluan masyarakat yang masih membangun maju, dan masih memerlukan ilmu untuk mengisi kekosongan hidup dan menyediakan diri menghadapi masa depan yang lebih canggih dan mencabar.
Bayangkanlah satu masyarakat yang tidak dibekalkan dengan ilmu … apa akan jadi kepadanya dalam mengharung hidup di zaman sains dan teknologi hari ini dan di masa mendatang. Ini rasanya merupakan satu cabaran yang besar.

Banyak yang berlaku di dunia hari ini - 14/5
Seluruh dunia sedang diganggu oleh penularan pendamik Covid 19. Kehidupan terganggu dan segala-galanya sedang dilaksanakan untuk menamatkan gangguan ini. Para ahli termasuk pakar-pakar sains, perubatan dan kesihatan di barat dan timur bertungkus lumus berusaha mencari jalan menghapuskan gejala ini. Sudah dua tahun kisah ini menghantui kehidupan kita. Pelbagai.kesan telah dan sedang kita alami.
Ia telah dan sedang menganggu kehidupan seharian kita. Dari bidang kesihatan ia telah menganggu ekonomi kita, dan seterusnya ketenteraman hidup kita.
Pihak-pihak yang bertanggungjawab telah, sedang dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk menamatkan keadaan ini.
Dan kita sebagai anggota masyarakat biasa berperanan penting dalam senario ini. Kerana jika tidak, kehidupan kita pasti terjejas dan terganggu dalam satu jangka masa yang sukar hendak kita tentukan.
Maknanya kita mesti dan wajib memainkan peranan kita sebagai manusia dan warga yang bertanggung jawab.
Ysng diperlukan dari kita tidak sukar kita lakukan, kerana semuanya adalah yang mesti kita laksanakan dalam kehidupan, iaitu menjaga kebersihan dan kesihatan kita.
Ini jugalah yang.dituntut kita laksanakan dalam kehidupsn kita sekarang ini.
Negara kita, seperti juga lain-lain negara di dunia sedang diganggu oleh ancaman ini.
Kita mesti dan wajib bertindak. Pihak yang berwajib di negara kita sedang bertindak untuk membawa balik kehidupan aman damai dsn tenteram yang kita nikmati selama ini.
Janganlah kita biarkan Covid 19 bermaharajalela menganggu kehidupan kita. Masih banyak yang mesti kita lakukan dalam perjalanan kita ke hari muka... ke destinasi yang telah kita tentukan.
Sama-sama lah kita bertindak. Bak kata Inggeris "Enough is enough."

Apakah yang perlu kita ketahui waktu ini?
Jawapannya memang banyak. Kerana banyak perkara yang melibatkan kehidupan kita hari ini. Ini termasuklah kisah perjalanan hidup kita seharian iaitu tugas dan tanggungjawab yang perlu kita laku dan laksanakan. Perancangan untuk masa depan kehidupan kita, dan ilmu pengetahuan yang harus kita cari sebagai alatan yang akan kita gunakan.
Dalam hal ini pengalaman yang kita lalui dapat membantu.

Kita Fikirkan
Cuba kita perhatikan sejenak senario di sekeliling kita. Kita akan dapat melihat pelbagai kisah berlaku.
Kita dapat mendengar juga pelbagai isu dan topik dibincang dengan serius dan penuh semangat.
Apakah sebabnya ini berlaku?
Secara ringkasnya ini dihasilkan oleh keadaan bahawa sudah mula terbuka lebih luas minda kita. Kita sudah mula sedar dan mula memahami keadaan yang berlaku.
Kita sudah dapat berfikir dengan tenang, dan sudah tahu buruk baiknya satu-satu keadaan itu.
Pendek kata kita sudah boleh berfikir dan membuat pilihan.
Negara sudah banyak membangun, terutamanya dalam bidang fizikalnya. Dan ini juga telah membawa pembangunan dan kemajuan kepada cara kita berfikir. Kita telah mengalami pembangunan minda.
Inilah yang dibawa oleh kemerdekaan negara.
Satu petanda yang amat baik, munasabah dan relevan.

11/4/2021
Waktu sekarang ialah 12.30 tengah malam. Sudah masuk kita ke satu lagi hari yang baru dalam kehidupan ini.
Cuba kita fikirkan apakah yang telah kita lakukan selama 24 jam yang lalu. Adakah yang telah membawa apa-apa perubahan, faedah atau keuntungan kepada kita? Atau yang berlaku atau kita lakukan itu hanya merupakan sebagai satu dari peristiwa dalam kehidupan harian kita.
Cuba kita renungkan.
Rasanya apa yang berlalu atau yang kita lakukan itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita. Mungkin ia membawa rahmat atau petanda kepada kita. Mungkin ia membawa kejayaan dalam perjalanan hidup kita.
Apa pun tiap peristiwa yang berlaku membawa bersamanya sesuatu yang perlu dianggap sebagai petanda kepada aktiviti yang kita laksanakan.
Mungkin secara sepintas lalu sukar bagi kita menterjemah atau mentafsirnya. Tetapi jika kita kaji dan teliti secara mendalam, kita akan sedar sebab-sebabnya ia berlaku atau dilakukan.
Tiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai sebab-sebab tertentu. Mungkin ianya berlaku sebagai satu peringatan kepada kita. Atau mungkin untuk memberi peringatan kepada kita betapa luasnya dunia ini, dan betapa komplexnya kehidupan yang sedang kita jalani.
Apapun, apa yang berlaku ada sebabnya dan memerlukan tafsiran yang selengkap-lengkapnya untuk mengetahui dan memahami kewujudannya.
Bulan Ramadhan sekali lagi bersama kita. Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa diucapkan kepada semua.

4/4/2021
Negara kita Malaysia sedang membangun. Ia mencorakkan pembangunannya berdasarkan keadaan dan keperluan warganya. Keadaan serantau juga perlu diambil kira. Kemampuannya juga harus dijadikan sebagai panduan.
Keinginannya untuk wujud sebagai negara maju memang menjadi keutamaan dalam kehidupannya. Ini terbayang pada dasar-dasar yang diketengahkan.
Sambil keadaan ini semua kita warganya diberi maklum, rasanya wajib kita bertindak membantu. Inilah tanggungjawab kita.
Dalam hal ini kami di NALURI FM ingin juga turut serta melaksanakan tanggungjawab membantu.
Saluran bantuan dari kami adalah dalam bentuk kandungan program yang akan kami siarkan.
Kami sudah sedia berbakti. Kami pun mengenali teman-teman semasyarakat kami... Semangat juang, dedikasi dan keinginan untuk hidup aman, maju dan sejahtera mereka.
Program-program yang akan kami siarkan kelak akan membantu mewujudkan semangat berbakti kepada negara bangsa.
Dipercayai tiap seorang dari kita mampu memberi khidmat kearah memajukan negara tercinta ini.
Inilah tugas dan tanggungjawab kita.