KATEGORI PROGRAM DI NALURI FM
Program-program yang akan disiarkan melalui NALURI FM dibahagikan kepada kategori-kategori seperti berikut:
1. HIBURAN:
2. ALAM SEKITAR:
3. MENEMPAH REZEKI:
4. UNTUK NEGARA:
|
5. PENDIDIKAN:
6. EHWAL SEMASA:
7. EHWAL ISLAM:
|
Detail tiap program ini akan di kongsikan dalam masa terdekat.
PENJELASAN PROGRAM
1. ALAM SEKITAR:
Sebagai permulaan katagori ini mempunyai empat program. Secara amnya program-program ini menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan bidang-bidang pertanian seperti perladangan, tanaman sayur-sayuran, penternakan dan perikanan.
Program KEBUN PAK AMAT umpamanya akan melihat dan meneliti aktiviti yang terlibat dalam bidang berkebun pada sekala kecil dan sederhana.
Melalui program ini kita akan dapatkan khidmat nasihat dari pakar dan juga ajensi yang berkaitan. Antara yang akan dihuraikan termasuklah panduan-panduan dalam memajukan aktiviti ini termasuk soal pemasaran dan sebagainya.
Program KEBUN CINTA SAYANG pula akan menumpukan perhatian kepada dua aspek pertanian. Satu mengenai usaha menanam bunga-bungaan dan kedua memberi galakan kepada pendengar mengusahakan pertanian di kawasan rumah.
Program MARI BERLADANG pula akan memberi galakan kepada peminat pertanian intuk mengusahakan pertanian bersekala besar.
Dan program IKAN DI AIR akan membawa perhatian peminat kepada perusahaan atau aktiviti penternakan ikan.
2. MENEMPAH REZEKI.
Program-program dalam kategori ini akan menumpukan perhatian jenis-jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam usaha mencari rezeki yang halal.
Ptogram AKTIVITI PILIHAN akan menumpukan perhatian kepada bidang-bidang yang mudah dilaksanakan tetapi akan menghasilkan pendapatan yang membanggakan.
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah berkebun sayur atau tanam-tanaman seperti jagung, limau kasturi, kacang tanah, cili, ubi keledek, ubi kayu, timun, nenas dan lain-lain. Sayur-sayuran dan tanaman ini semuanya boleh diurus dengan mudah. Tambahan pula jika menggunakan sistem pengairan yang mudah dipelajari dan diuruskan.
Ada beberapa aktiviti selain dari pertanian yang dilakukan iaitu contohnya penghantaran barangan dan makanan. Menjadi pembimbing pembelajaran dan pembersihan rumah, pejabat dan kawasan.
Banyak lagi yang boleh diwujudkan. Yang perlu dilakukan ialah memerhatikan keadaan masyarakat sekeliling.
Program ini mengandungi antara lain panduan dan nasihat yang profesyenal mengenai aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
Program CUBA NIAGA akan menumpukan perhatian kepada peluang-peluang perniagaan yang boleh dilakukan. Buat masa ini bidang ini memang digalakkan dikalangan anak mua kita.
Mereka harus dibimbing mulai sekarang untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Antara tujuannya ialah untuk mensaimbangkan penyertaan warga dalam bidang ini. Lagi pun buat masa ini memang ramai bijak pandai yang berpengalaman untuk membantu dan membimbing.
Program ini menumpukan perhatian kepada ehwal aktiviti ini iaitu dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang ini.
Program BERKONGSI ILMU lebih ditumpukan kepada para graduan yang masih dan sedang menganggur. Perasaan resah dan gelisah mereka memang difahami. Manakan tidak, setelah bertahun mereka bertarung menimba ilmu, dan apabila diploma dan ijazah sudah berada di tangan, bertahun lagi pula terpaksa untuk mendapat pekerjaan. Ini pun kalau ada nasib, kalau tidak berpanjanganlah hidup tanpa kerja.
Dalam keadaan hari ini perlulah difikirkan satu alternatif untuk menentukan menentukan masa depan mereka ini.
Dengan ilmu yang diperolehi rasanya yang terbaik dilaksanakan ialah menyebarkan ilmu itu kepada pelajar disekolah yang sedang memerlukan.
Program ini akan menumpukan perhatian kepada aktiviti ini dengan mendapatkan pandangan dari mereka yang terlibat.
Pokoknya, semoga program ini dapat membantu.
Program YANG DIWARISI pula merupakan satu usaha mengkomersialkan aktiviti dan hasil warisan yang ditinggalkan oleh masyarakat yang terdahulu.
Contohnya pembuatan barangan hiasan seperti ukiran, anyaman, tenunan, lukisan dan sebagainya. Telah terbukti barangan-barangan ini yang merupakan antara hasil aktiviti pelancongan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Buat masa ini hanya beberapa negeri sahaja yang menumpukan perhatian kepada aktiviti ini, sedangkan di tiap negeri di negara ini terdapat hasil dari peninggalan warisan.
Program ini akan mendedahkan keunikan produk-produk ini dan potensinya.